Saturday 13 June 2015

Cita-cita aku ni besar sangat ke? (veterinar)

Assalamualaikum,Hi!

Post yang lepas,iqah cerita pasal qutting from piano and how it affects my mood quite badly. Well,cita-cita untuk pursue study in music dah musnah. Apa boleh buat. Takpelah,lagi pun makin tinggi grade makin mahal yuran dia.Tak mau la bebankan mama dgn ayah. Haha ok2 melalot dah perempuan ni.   (lulz!)

Cita-cita aku nak jadi veterinar ni membara (ceh) bila nampak kucing,anjing dengan offspring diaorang jalan2  tanpa hala tuju,tak da makanan and whatever out there yang memang enviorment nya is very risky for them and their offspring. Lagi satu,memang aku suka haiwan,aku tak kisah kalau pegang lembu yang banyak orang kata bau lembu sangat busuk hsvlsb! haha whatever ai tak kesah pun.

But then,terfikir apa qualification untuk jadi doktor veterinar? Mulalah pergi dekat website UPM. Tinggi jugak qualification dia. Then i started to calm myself down,and made myself realize that there is nothing easy peanut in this world. :p   Pernah cakap dekat mama, "Ma,kalau tak dapat veterinar dekat UPM, iqah pergi UMK lah!" (macam senang je ko habaq gitu haha)  Pastu mama balas, "betul ke ni? Jauh tu. Tapikan,betulke iqah nak jadi veterinar? selalunya apa yang kita nak tak dapat." 

Mulalah meratap sorang2 dalam bilik,deep sangat ayat tu. sangat sangat deep.Mungkin kalau nak bandingkan me n my sister,dia lebih sikit.  Adelah murong dalam 3 hari. Lepastu satu hari tu,kakak tanya,"eh piqah,nanti ko nak ambil apa ek?"  Chek pon habaq la "nak jadi veterinar"  Dia balas "ko tau buat math tak? Ko tau kan veterinar tu physic,chemist,bio,add math kena A"
PUFFFFFF!  Kena setepek!   Ai ni tak delah bebal sangat smpi tak tau buat math,mungkin dia teringat masa PMR dulu,dia yang ajar iqah so masa tu dia fikir iqah ni  dvjaj lagi, Nak bandingkan SPM dia,memang 7A dia dapat,takpelah,orang kata rezeki masing2.

Those are some moments that really gave some major impact on me.. Kalau orang lain,kena ayat berapi mcm tu bangkit balik. Haku?  mulalah melakonkan aksi sayu sambil duduk di tepi tangga (eh?) Haha.

Tapi teringat dekat ayat Teacher Alice (my piano teacher) dia kata,"if u determine on something just go for it. Dont let yourself down,never listen what people might/will say to you" 
And her very last word sebelum kitaorang berpisah "i hope u can be a successful vet one day"     I WAS BLUSHING AND SPEECHLESS (kind of)  teacher sangat baik.

Allah ada perancangan yang lagi baik untuk kita. Dia tahu yang terbaik. Kalau tak dapat mesti ada hikmah. Lama2,macam dah malas nak yakinkan diri untuk ambil course vet. Tak nak berharap sangat, takut nanti stress,sedih sebab tak dapat.
 **kadang2 selalu terfikir, lebih baik tak payah letak column cita-cita dalam profile budak sekolah. Benda tu macam bagi harapan palsu je. (ceh)**

Friday 12 June 2015

Selepas beberapa tahun.... + piano

Hai!!!  Assalamualaikum semua.. (sambil mendendangkan lagu Faizal Tahir)  lulz!

Fuh. lama jugak tak update haha apa la eden buat kat rumah ni, pui pui. Well selama 2 tahun tak update,macam2 perkara jadi. Bermula dengan PMR masa 2013 dulu,pastu dengan busynye (apa benda tah busy hang!). Okay2. haha merapu jap.

Nak tulis apa pon chek tat tau!  Tapi recently,iqah baru je quit piano lesson dalam 2 minggu lepas. HUARGHHH!!  Tapi ada sebab pon. Teacher Alice tak ajar kat situ lagi n since ill be facing SPM this year,dengan busy yang akan datang sebab extra class semua.  Nanti takot tak boleh balance both,studies and piano. Tapi still rindu nak pergi kelas.

Dari 2012 sampai 2015,iqah dah Grade 3. Okaylah tu (sambil riak memuji diri sendiri  -_-)   Tapi yang kelakor nye,tak pernah ambil exam ABRSM. HAHAHAHA,teacher pon selalula tanya, "dont u want to sit for the exam,at least u have a cert"   Eden pon pikir la banyak2 kali haha .  Yuran exam lain,fees lesson lain. Pastu examnya ada 2,theory dengan practical.  haha  total semua boleh la beli rumah sebijik! Pernah la terfikir,nak jugak pursue study in music tapi hanya angan2 belaka sebab baru Grade 3,nak course music kena Grade 5 n above.  (NANGIS~)

Tapi last day kelas piano sangat best! Teacher mainkan lagu 'Swan Lake'. Then, Iqah bagi teacher crystal ball yang ade music so teddy bear dalam crystal tu boleh pusing. She was so very very happy, haha. Pastu dia offer nak lunch sama tak,okay no problemo! Tapi boyfriend dia ada awww haha malu. Makan kat Secret Recipe boleh meletus perut,kenyang sangat. Pikir mase tu nak bayar makanan sendiri,sekali bf teacher bayarkan. hahah amek ko punya malu aku menahan malu. Teacher kata sokay ill treat u today. Bf teacher peramah gila.  CAIR~~

Before we split, teacher ngan bf dia wish iqah buat elok-elok untuk SPM. Dapat straight a's and yang paling chek  terharu teacher doakan iqah boleh jadi Vet.  Time tu iqah rase nak nangis haha tak tau kenapa. Nanti dalam post baru iqah akan cerita kenapa nak jadi Vet.

Aku hantar Whatsapp,i wished teacher her very best in the future,dia pon replied the same way but aku sedeh bila dia kata 'Good luck for your studies,anything we can still keep in touch' 'I like your crystal ball so much!!  Like seeing it turning'  i would probably keep that phrases in mind. I will treasure every single moment we had from back then till the last day we met together. Thank u so much teacher.

Gemok nya eden. Haha habih ko dah makan Secret Recipe tu  (._.'')