Hi,Assalamualaikum.Lama tak update.Berkurun dah blog ni~Saya dah berhijrah pi novel form 3 plak.Tahun ni PMR TTTT...TTTT. Enjoy! (Sinopsis ini berdasarkan nota yang diberi oleh cikgu saya,kalau ada yang sama sebikjik dengan blog lain tu,saya minta maaf)
Novel ini mengisahkan
tentang kenangan hidup Badri bersama-sama kawan-kawannya pada zaman
persekolahan.Badri,watak utama dalam novel ini berusaha untuk
membantu kawan-kawannya yang terlibat dalam masalah disiplin sekolah untuk keluar
daripada permasalahan ini.Badri murid tingkatan lima dilantik menjadi pengawas
sekolah.Di sinilah bermulanya Badri bekerjasama dengan guru-guru untuk
mengatasi masalah disiplin di sekolah.
Meng Kong, Kumar dan Shahrul merumitkan
lagi permasalahan ini apabila mereka bukan sahaja menjual kad prabayar tetapi
juga menjual telefon bimbit kepada murid sekolah itu. Mereka menjual telefon
bimbit secara ansuran. Ini menimbulkan masalah kerana murid kerap meminta
belanja sekolah yang lebih daripada ibu bapa.Kegiatan Meng Kong, Kumar dan
Shahrul akhirnya tertumpas apabila Meng Kong tertangkap di kedai ayahnya
sendiri. Hal ini menambahkan lagi sakit hati Shahrul dan Kumar terhadap
Badri.Kumar pula akhirnya insaf apabila dia tertangkap ketika memasukkan kotak
rokok ke dalam beg Meng Kong.Ini menyebabkan Shahrul berseorangan.
Dendam dan
iri hati Shahrul terhadap Badri semakin bertambah apabila Nadira murid
perempuan yang agak menarik di sekolah itu, yang sebelum ini menjadi kawan
rapatnya berpaling arah ke Badri.Walaupun menerima pelbagai tekanan semasa menjalankan
tugasnya sebagai pengawas,namun Badri tetap tidak putus asa.
Soo helpful
ReplyDeleteis it hlp ful??? so useless (=+=)
Deletedalam novel pun ada ==
ReplyDeleteTidak membantu
ReplyDeleteBaguslah untuk sesiapa yg tiada novel
ReplyDelete